Apakah masalah yang akan terjadi bila laptop terjatuh?

Lambat laun, hampir semua orang akan mengalami keadaan seperti jantung terhenti seketika apabila mereka hanya dapat memerhatikan laptop mereka dalam gerak perlahan, terjatuh dan akhirnya ke lantai. Kejutan  ini boleh menyebabkan beberapa masalah kepada sistem laptop anda, dan jika ianya terlampau teruk  boleh memusnahkan laptop anda sepenuhnya.

hinge patah
hinge patah
laptop jatuh
casing patah, metal blush patah


Di dalam laptop, apabila terjatuh boleh mengakibatkan malapetaka pada hampir setiap komponen penting. Bahagian komponen boleh beralih dan menyebabkan litar pintas kepada bahagian lain, yang boleh merosakkan motherboard   atau komponen penting yang lain. Memori juga boleh beralih kedudukan atau rosak. Jika beralih, dalam beberapa kes hanya perlu dipasang semula, tetapi jika connector atau pin patah, ia adalah agak rumit untuk dibaiki. Platter Hard Disk dimana data disimpan juga boleh hancur.

keyboard laptop key tercabut
key tercabut

Kerosakan dibahagian luaran juga boleh memberi kesan kepada prestasi. Satu gejala yang   biasa apabila laptop terjatuh adalah LCD Skrin akan pecah atau retak,  dalam kebanyakan kes   perlu diganti sepenuhnya. Casing juga  boleh mengalami retak, patah dan kemek. Ini boleh menyebabkan kerosakan fizikal kepada komponen lain seperti inverter LCD. Dalam sesetengah kes, ini mungkin tidak memberi kesan kepada prestasi, tetapi engsel pada LCD  boleh patah, atau bahagian-bahagian lain juga akan menghalang fungsi laptop. Kadang-kadang, kekunci pada keyboard juga boleh terkeluar daripada tempatnya. Bergantung kepada laptop anda, kekunci tersebut mungkin dapat dipasang semula.

casing broken laptop
Dc jack loose


Juga, bergantung bagaimana laptop terjatuh, masalah mungkin boleh menyebabkan kegagalan kuasa. Dalam beberapa kes, ini adalah agak sukar untuk mengesan punca sebenar. DC jack mungkin beralih, atau litar pintas mungkin telah berlaku, atau mungkin berlaku kerosakan kepada AC Adapter juga. Satu satunya cara untuk mengetahui masalah yang sebenar adalah membawa kepada kedai membaiki komputer untuk diperiksa. Jika kerosakan adalah jelas dan mudah, anda hanya perlu menukar komponen yang rosak dan masalah akan selesai.

Malangnya dalam banyak kes, kerosakan akibat terjatuh boleh membawa maut kepada laptop. Masalah-masalah yang disebabkan oleh laptop terjatuh seperti litar pintas pada motherboard , skrin yang rosak, atau kegagalan kuasa dimana kos membaikinya agak mahal, atau kadang-kadang tidak boleh dibaiki. Walau bagaimanapun, apabila laptop terjatuh tidak semestinya menjadikan laptop mati total . Komputer dibina dengan daya tahan yang mampu menahan kejutan dan boleh mengendalikan kejutan berkali kali. Sentiasa melakukan pemeriksaan prestasi selepas laptop terjatuh untuk memastikan semuanya berfungsi dengan baik dan backup data anda secepat yang mungkin.

移动设备快速阅读本文:Apakah masalah yang akan terjadi bila laptop terjatuh?
            请扫描二维码  -->

What's Related

2 Replies to “Apakah masalah yang akan terjadi bila laptop terjatuh?”

Nur Elly Satira

September 28, 2017 at 12:05 am

Macam mane plk klo jadi cmni
Situation 1
Sara bermain dgn kawan die smbil mmbuat esaimen mnggunakan laptop tanpa dsangka sewaktu brmain fon trjatuh di atas laptop yg sedang on..
APAKAH YANG AKAN BERLAKU?

Reply

    atozcsdotnet

    September 28, 2017 at 9:30 am

    yang dah berlaku apa dia, kalau tak begitu kuat rasanya takda apa apa berlaku

    Reply

Post Your Comment Here

Your email address will not be published. Required fields are marked *